Komik sengal online FAIZDICKIEVP

Author: aiman mania | Publish 6/12/2014, 02:43 | There is 56 Comment[s]

Assalamualaikum..
Ahaks...sekian lama menyepi akhirnya kembali jugak aku menaip sepatah dua kata di blog kusam yang tader sapa pon nak tengok.Actually aku tak ada mood and tak ada modal sangat diceritakan.Memandangkan blog dah lawa sikit semangat nak berblog balik berkobar-kobar tuh menggunung tetiba.TERIMA KAMBING Hana Jalil sebab make-up blog bro Aiman.Dah tak ada masa dah nak main edit-edit blog sejak masuk UUM ni.Kod HTML pon dah rasa pelik lain macam je aku tengok.
Haaaaa.....Kali nih aku nak story kat korang semua pasal komik sengal online yang buat aku gelak sampai nak meletup pundi kencing.Korang ada Instagram tak?Actually aku baru je buat Instagram a few weeks ago dan diperkenalkan komik sengal ini oleh roomate aku di laman instagram.Yang ada Instagram tuh picit laju laju keypad korang.Nak tekan sampai tercabut keypad pon tak apa..asalkan puas hati.Search faizdickievp dan akan keluar cenggini..Klik kat SINI dulu


Memang tidak bosan langsung tengok Instagram bro Faiz sebab ada-ada je video - video sengal beliau.Alaaaaa..Memang sesuai sangatlah dengan title Budak MASSCOM..Kalau korang tengok satu-satu video dia memang korang wajib akan kenal siapa Sarabanon,Jannah,,Na'a'bella,Kak Leha,Tasya, dan Nurse Puaka yang masing-masing gedik tahap Super Saiya!Video-video beliau kalau korang perasan memang relate dengan isu-isu semasa dan benda tuh kadang-kadang terkena atas batang halkum korang..Time stress study atau tak ada benda nak buat aku bukak Instagram beliau dan tengok video tuh berulang,ulang,ulang kali.Memang tak boring and tiap-tiap hari mesti instagram akan terhapdet.Aku tak pastilah pulak si Bro Faiz nih ada buat Gwiyeomi ke tak.Kalau korang rasa tak ada,bole request kat Instagram beliau cepat-cepat..Haaahaahaaa...


Inilah watak-watak yang selalu ada kat dalam video tuh.Agak - agak korang gambar yang mana paling menusuk kalbu?Bagi aku gambar bawah yang paling kanan sekali tuh ada gaya Giant dalam citer Doraemon pakai hijab.Wakakakakaka..Ada-ada je Bro Faiz.Ada orang cakap yang bro nih dulunya dah ada akaun Instagram tapi kat mana silapnya Instagram beliau kena block and terpaksa kena buat yang baru.kesian,kesian..Aku pon nak cerita panjang-panjang tak boleh sebab baru je ikut perkembangan beliau.Kalau peminat Justin Bieber - Belieber , yang minat K-pop - Kpopers , dan kalau korang nak tahu kalau followers Instagram Faizdickievp dikenali jugak sebagai VillagePeople.Hahahahaha.....




Haaaaaaa!!Hari tuh beliau ada mohon nak sambung belajar dalam bidang Digital Media under MARA kat United Kingdom tapi gagal.Nak buat macam mana tak ada rezeki.So,sebagai alternatif,si Bro Faiz nih lancarkan satu kempen #SendFaiz2UK.So,apa yang Village People kena buat tulis kat atas kertas #SENDFAIZ2UK , tangkap gambar selfie sambil tayang kertas tuh , upload kat insta kesayangan korang dan letakkan hastag #SENDFAIZ2UK.Submit before 30/5/2014(dah lepas da pon).Apa gunanya jadi Budak MASSCOM kalau tak menggunakan kreativiti menggunakan social media .Ye dok?Motifnya,nak tunjuk kat MARA betapa semangatnya beliau nak sambung belajar dalam Bidang Digital Media yang kus-kus mencabar.Good luck to Bro Faiz dan teruskan berkarya!We Village People support you..


Nabilla Hijabis versi K-POP

Pesanan aku , bagi mana - mana polan yang tak suka baca komik tapi sukakan benda-benda lucu tahap tragis bolehlah follow beliau di Instagram!Jangan salahkan aku plak kalau korang tergelak sampai nak  tercabut usus besaq.Itu melampau!salam sayang dari Village People terhormat :D

56 comments

12 June 2014 at 04:13

OhMaii
Kinda tragis jugak laa tengok rupa bro Faiz tu
But, cool
Dia tahu guna bakat yang dia ada ;)

12 June 2014 at 04:15

haha kelaka la gamba >.<

12 June 2014 at 04:24

pandai dia buat lawak hehe

12 June 2014 at 06:14

cung ahh nice sharing. kelakau ah gambar parodi tu xD

12 June 2014 at 07:34

tengok gambar jee ponn dah gelakk hahaha

Anonymous
12 June 2014 at 08:05

gamba kolum atas yg kanan tu ayu sungguh, hahaha. semoga bro ni berjaya sambung belajar dlm bidang yg dia nak :)

12 June 2014 at 08:33

mesti best kan! tk pernah tau pun psl his ig :)
semoga Bro Faiz berjaya sambung belajar ke UK. :')

oh ye kpd tuan blog,
mula2 sy ingatkan tuan blog ni adalah relative sy! hahha xDD

12 June 2014 at 16:51

saya pun follow dia kat ig...stiap kali bukak ig mesti bukak ig dia dulu nak tengok post tbaru..haha..and i'm also joining myself for his campaign..best tau bro faiz comment and like pic masa tu! hehe

12 June 2014 at 18:20

berbakat sunggah bro faiz ni..byk watak boleh buat...hahaha..lawak2 pulak tu..hehe

12 June 2014 at 19:10

sbb at first sy tgk awk yg komen, and sy rasa sebelum ni awk tk pernah komen kat blog sy kan? hee.

and tgk pulak nama awk Aiman.I thought you were my relative yg tu sbb tgk at your picture dari jauh (belum lagi klik kat nama awk), Idk why, mungkin ada lah jgk kot nak sama muka awk dgn relative sy yg tu. Tapi the fact is, sy tak ingat 100% muka relative sy yg tu, hahhaha. sbb sy pun dh lama tak jumpa dgn dia, plus, kitaorg tak rapat mana.. lol. lepas tu, bila dah klik kat your profile, tgk location awk kat Ipoh, Perak. kebetulan relative sy yg tu duk Perak. (now sy tk tau dia kat mana. sambung belajar kat mana, sy tk pasti..)

BTW SORRY THIS COMMENT IS LONG, I THINK!:o
sy reply kat sini sbb sy tkleh reply on your shoutbox. hihii

12 June 2014 at 23:39

Cun lah bro Faiz pakai tudung haha. Kelakar hoho.

12 June 2014 at 23:42

faizdickie nie komik dia memang sengal2 tapi suka gila baca kot. yeay da jumpa #villagepeople! =P

13 June 2014 at 03:28

nak stalk jap g..hahaa
LOL

13 June 2014 at 07:59

he is funny! okay! sangat sangat, hahaha, and his post kadang-kadang... ehemm deep. ekekeke

13 June 2014 at 21:02

ya allah lawak gila dia hahahhaahahhah lolll

13 June 2014 at 22:05

haha. baru jumpa ig ni dalam minggu ni jugak. memang kelako bro tu.

13 June 2014 at 22:11

haha lawak ah Faiz tu..talented sangat! suka gila baca komik die :D

14 June 2014 at 00:42

hahaha macam2 la orang zaman sekarang nie..
kreatif bukan main

14 June 2014 at 02:48

Terus pegang fon nak follow ni. Haha

Anonymous
14 June 2014 at 09:40

woahhh...macam seronok jee...hehe...nanti kalau free nak singgahla instagram bang faiz ni..lagi2 kalau time tension study..huhuhu

14 June 2014 at 19:58

haha comel je pakai hijab..slack misai ja haha kalau xada , memang ingt perempuan :P

14 June 2014 at 21:18

Kite follow insta :)

14 June 2014 at 22:24

Sukaa sarabanon.. :)))

15 June 2014 at 02:25

haha.. just two words --> YAKIN & BERANI. :D

15 June 2014 at 03:28

sabor je la tgk pic2 ngn tudung tu..

15 June 2014 at 04:25

Hahaha. Pelik aje xD

15 June 2014 at 04:33

sengal. .haha. .dah jenguk insta dia. .lawak je. :3

15 June 2014 at 08:20

kelakar!hihihi...sabo jelah!

15 June 2014 at 18:44

Pernah tengok IG dia, memang terbaik!

15 June 2014 at 20:26

die mmg kelakar, sengal pon ada, masuk air la selebihnya. boleh terburai perut baca komik n tgk video die

15 June 2014 at 23:33

salam & hai,

hahahhaha kelakar la gambar tu :D

16 June 2014 at 02:48

hello,selalu jgk tgk dia punya komik ni.huhu

16 June 2014 at 07:53

muka ganas dah, tetiba kelar lagu kpop, bhHHAHAHAHHAHHAAHA nie sebenarnya yang lawak! k hahahhaahahambar -.-'

16 June 2014 at 21:54

Tak kenal siapa dia, but baca entry awak, dia kelakar.hihi

18 June 2014 at 01:23

Tak knl tp suda follow.. ^^

18 June 2014 at 03:35

ahha! dia memang klako. hahaha

19 June 2014 at 07:34

sengal2 ubi berisi.. ^_^

20 June 2014 at 05:15

member ada bagitau pasal dia ni. mmg kelakar. haha!

20 June 2014 at 08:16

tengok gamba dah kelakar hahaha kreatif sangat.....

22 June 2014 at 05:41

hahaha. lawak ..

23 June 2014 at 03:24

Hai, balas kunjungan awak. Singgah sini & follow. ^_^

27 June 2014 at 00:41

assalamualaikum...aiman, thanks sbb singgah blog sy ;) post dh baca, follow pon dh follow.

1 July 2014 at 19:16

haha memang sama cam giant version pakai tudung xD xD

6 July 2014 at 00:27

check out my blog please ! http://ratu-berguling002.blogspot.com/

4 September 2014 at 22:18

haha..aku pon suka layan video dia..yg biasa dia buat watak sarabanon n naabella!

5 September 2014 at 03:38

Follower Faiz! Dia best. Sempoi.

7 September 2014 at 01:15

Kesengalan budak ni mmg sgt menyerlah!hahhaa...adehhh...

Anonymous
7 September 2014 at 19:57

i love faizdickie. hahah :D

7 September 2014 at 22:18

salam. dia ni memang kelakar :D

8 September 2014 at 19:39

Mmg kelakar! Akak rajin juga intai2 ig dia utk gelak.

9 September 2014 at 19:49

Hehehe temgok sikit pon dah suka suka ..kalau tgk banyak mau tak guling2 gelak ni Aiman ..hehehe ..boleh la isi masa terluang laayan kuakuakua ...TERBAIK !!!

9 September 2014 at 19:49

Kak Lya singgah isi tabung Mr Nuff ..KLIK2 Kotex utk Aiman ..

11 September 2014 at 22:34

saya terlayan video ig dia sampai habis kuota data.. hahahaha..

21 September 2014 at 01:03

ok lari tajuk sikit. nak click nuffnang untuk menabung tabung ptptn aiman tapi malangnya tiada iklan yang menari2 masa ini

13 January 2015 at 05:50

Tengok Faiz memang dah rasa lucu sangat...

Post a Comment